Wednesday 4 August 2021

Jom Kongsi : Tips Kekalkan Disiplin Belajar Di Rumah

Assalamualaikum, salam bahagia๐Ÿ’•๐Ÿ’•, salam insprasi buat semua anak-anak SKTPP. Cikgu doakan anak-anak semua sentiasa sihat dan kekal positif bagi meneruskan sesi PdPR. 

Ingat!!!! anak-anak, kita sekarang masih meneruskan sesi pembelajaran secara PdPR. Duduk di rumah bukan bermakna kita sedang bercuti ye... Kita sekarang masih meneruskan sesi persekolahan menggunakan kaedah yang berbeza iaitu secara dalam talian menggunakan berbagai medium seperti google meet, aplikasi whats up, telegram dan lain-lain. Perkara utama yang anak-nak perlu tanamkan dalam pemikiran atau minda adalah saya sedang bersekolah walaupun duduk di rumah.

Perkara seterusnya yang tak kurang pentingnya adalah disiplin diri dan pengurusan masa yang baik bagi mengekalkan momentum belajar di rumah ini. Hari ini cikgu kongsikan dengan anak-anak semua tentang Tips Kekalkan Disiplin Belajar Di Rumah. 

Seterusnya cikgu kongsikan link video berkaitan bagaimana mengatasi sikap malas dan tanamkan sikap rajin untuk belajar. Semoga perkongsian ini dapat membantu anak-anak untuk lebih berdisiplin dalam mengikuti pembelajaran di rumah. 

Sila klik link ๐Ÿ‘‰ https://youtu.be/aYc3SFZdypg

#staysafe
#staypositif
#kiaskukenaldirimu
#jpnselangor

No comments:

Post a Comment