Monday, 2 August 2021

Jom Kongsi : Ketagihan Gajet? Apa Yang Berlaku?


Assalamualaikum........ Salam inspirasi buat murid SKTPP yang disayangiđź’•
Selamat datang Ogos!! Semoga peralihan bulan selari dengan pergerakan semangat positif kita. Cikgu sentiasa mendoakan agar anak-anak murid cikgu kekal dalam aura belajar yang penuh semangat.

Perkongsian cikgu hari ini ialah berfokus kepada peningkatan disiplin diri murid iaitu kesan ketagihan gajet serta cara mengatasinya. Gajet?? Apakah itu? Mari cikgu terangkan terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan gajet. 

"Gajet ialah alat yang berteknologi tinggi yang diciptakan untuk kemudahan manusia. Contoh gajet seperti tablet, telefon pintar, komputer, jam digital dan lain-lain lagi."

Walaupun gajet ini memudahkan manusia, namun salah penggunaannya membawa kesan kepada diri kita terutamanya kanak-kanak. Cikgu kongsikan hari ini maklumat berkaitan gajet di dalam buku nota yang telah cikgu sediakan. Juga murid-murid boleh menonton video pendek daripada rakan kamu. Semoga ianya bermanfaat!



Unit Bimbingan & Kaunseling juga membuka ruang kepada semua untuk bertanyakan soalan atau berkongsi aktiviti menarik kamu di rumah menggunakan platform padlet.

Boleh klik padlet di sini ya.....dari UBK untuk semua muridđź’ž



#andatidakkeseorangan
#staysafe
#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
#bpsh

No comments:

Post a Comment