Friday 6 August 2021

Peningkatan Disiplin Diri Murid : Tanggungjawab Murid Dalam PdPR (Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah)

Assalamualaikum dan salam inspirasi buat semua murid dan semua warga SK Taman Putra Perdana. Semoga kita terus diberi kesempatan meneruskan kehidupan ini dengan baik dan penuh rasa kesyukuran serta berfikiran positif. Redha dan terima seadanya demi kebahagiaan di dunia dan di akhirat. 

Kali ini Unit Bimbingan dan Kaunseling akan kongsikan maklumat mengenai "Tanggungjawab Murid Dalam PdPR". Pastinya murid-murid telah menjadikan PdPR sebagai sesuatu norma baharu yang telah sebati dalam kehidupan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada murid-murid yang berjaya menempuh dugaan sepanjang PdPR dilaksanakan. Cikgu nukilkan di sini lima rangkap pantun supaya dapat menaikkan lagi semangat murid meneruskan PdPR.

    Guruku nadi bukannya seteru,

    Khidmat cemerlang tak pernah jemu;

    PdPR menjadi norma baharu,

    Bukan penghalang mendalami ilmu.

                        Manisnya kuih dibuat ibu,

                        Ditambah dengan gula melaka;

                         Belajar di rumah menambah ilmu,

                         Asal pandai bahagikan masa.

     PdPR  PKP  norma baharu,

     Belajar online sangatlah perlu,

     Ibu bapa perlu berilmu,

     Supaya anak tidaklah jemu.

                        Kerja rumah perlulah dijawab, 

                        Kita mestilah sentiasa membaca;

                        Murid-murid perlu bertanggungjawab,

                        Menulis, mengira dan membaca.

        Ayah di luar leka menyabit,

        Ibu pula menyiang bawal;

        Awas dengan telefon bimbit;

        Agar kelakuan dapat terkawal.

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Tanggungjawab Murid Dalam PdPR, jom tonton video di bawah. Semoga bermanfaat. 


Sebarang persoalan dan perkongsian, boleh lah murid-murid join padlet bersama Guru Bimbingan dan Kaunseling. Sila klik PADLET khas buat semua dari UBK. Terima kasih kepada murid-murid yang telah join padlet ini. 

#kiaskukenaldiriku

#jpnselangor

#bpsh

#staysafe

No comments:

Post a Comment