Merdekakan Diri Anda!!
Assalamualaikum dan salam merdeka untuk
murid-murid SKTPP. Semoga hari ini lebih
baik daripada semalam dan hari esok lebih baik daripada hari ini.
Sempena sambutan kemerdekaan ke-64 tahun, cikgu ingin
mengambil peluang untuk memberi info tentang merdekakan diri…... Kadang-kadang kita
hanya menyebutnya, tetapi adakah kita menghayati sepenuhnya tentang kemerdekaan
ini? Untuk itu, hari ini cikgu akan berbicara tentang
MERDEKAKAN DIRI! Cikgu cuba rangkumkan apa yang dikatakan dengan merdekakan
diri di dalam poster di bawah.
Sebelum kita merdekakan diri, kita
terlebih dahulu perlu:
1. 💓Mengenali diri
sendiri. Semak sikap, tingkahlaku dan amalan harian. Semak juga bagaimana hubungan
kita dengan Tuhan, keluarga dan orang sekeliling. Bagaimana pula dengan
tanggungjawab diri? Sekiranya tidak sempurna, jangan kecewa tetapi bangun dan
terus perbaiki.
2. 💪Tingkatkan
kelebihan dan perbaiki kelemahan. Semak diri sendiri apa kelemahan diri dan
cuba mencari kaedah untuk perbaiki diri. Guna kekuatan yang ada di dalam diri
untuk menonjolkan dan meningkatkan kelebihan yang dikurniakan. Jom
mulakan....... perlahan-lahan tetapi istiqamah.
3. 💏Hargai diri,
hargai semua! Bersyukur dengan apa yang ada dan hargai apa yang dikurniakan.
Jangan bandingkan dengan kehidupan orang lain. Bahagia dengan cara kita.
Sekiranya kita bersyukur, Allah akan menambah nikmat itu.
Cikgu sentiasa doakan
anak-anak SKTPP tidak terjajah minda tetapi berusaha memerdekakan hati dan minda.
Bagaimana caranya? Caranya ialah dengan mengurangkan kesedihan, tekanan dan
menggalakkan kebahagiaan. Orang yang memerdekakan hati dan minda ini mampu
meneruskan kehidupan dengan suasana yang positif dan tahu menilai buruk dan
baik.
Anda peroleh sesuatu hari ini? Jika ya jom sama-sama cikgu dalam Kuiz Merdekakan Diri. Sempena sambutan kemerdekaan pada hari esok cikgu ingin memberi hadiah kepada 3 orang murid yang terawal dan memperoleh markah tertinggi. Jangan lepaskan peluang ini. Klik link kuiz Merdekakan Diri di atas ya👆. Cikgu akan menghubungi pemenang. Jangan lupa tuliskan nickname & kelas ya. Semoga berjaya!!
1.Muhammad Iman Syahmi Bin Syamsul Nahar (6 Intelek)
2. Nur Qaisara Arissa binti Ahmad Kamal (6 Bestari)
3.Naufal Hakim Bin Syamsul Nahar (2 Topaz)
#kiaskukenaldiriku
#Merdeka64
Comments
Post a Comment