Monday, 9 August 2021

Jom Kongsi: Tips Seronoknya PdPR

Assalamualaikum....... Selamat pagi untuk anak-anak SKTPP.
Sebelum cikgu mulakan perkongsian hari ini, jom lihat video yang akan memberi semangat untuk kamu teruskan perjalanan dalam menuntut ilmu seterusnya berjaya dalam hidup.


Macam mana? Dapat rasa aura baru tak dalam diri? Kalau ya, bagus dan tahniah๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘
Jika belum, teruskan berusaha untuk dapatkan aura yang positif tersebut. 

Rata-rata bila ditanya tentang seronok tak belajar di rumah? Ramai yang menyatakan tidak seronok sebab tak dapat jumpa kawan, tak dapat bermain bersama-sama juga tak dapat jumpa cikgu. Semua jawapan berkisar kepada "tak dapat". Dalam keadaan yang masih merunsingkan ini, sepatutnya kita fikir apa yang kita masih dapat. Berbeza dengan negara-negara luar yang berperang dan tiada kemudahan pendidikan, sebagai anak Malaysia kita sebenarnya jauh lebih beruntung daripada mereka. Masih boleh belajar dengan selesa dan hidup dengan aman!

Gunakanlah peluang yang ada dengan mencipta sendiri keseronokan belajar walaupun berada di rumah. 5 tips seronoknya belajar, cikgu sediakan khas untuk anak-anak SKTPP. Semoga ianya bermanfaat!!


Sebarang perkongsian dan pertanyaan boleh menghubungi Guru Bimbingan anda...Juga boleh mengajukan pertanyaan di platform padlet yang disediakan oleh UBK.
Sila Klik Di sini untuk PADLET LET'S TALK๐Ÿ‘„

#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
#andatidakkeseorangan
#staysafe

No comments:

Post a Comment