Jom Kongsi : Yang Baik Kita Jadikan Teladan, Yang Buruk Kita Jadikan Sempadan
Assalmualaikum, salam ceriaπππ... Salam bahagia buat semua anak-anak didik dan warga SKTPP. Semoga anda semua sentiasa ceria, bahagia dan positif di samping orang-orang tersayang. Hargailah dan syukurilah kerana kita masih lagi boleh bersama orang-orang yang kita sayangi. Andai ada dalam kalangan orang yang kita sayangi telah pergi meninggalkan kita, sentiasalah berdoa agar mereka juga berbahagia di sana.
Covid-19 is REAL... INGATLAH!!!.. anak-anak dan warga SKTPP. Ramai yang telah terkorban angkara virus ini. Berita terkini, kita dikejutkan dengan perkhabaran sedih pemergian bekas guru SKTPP iaitu Almarhumah cikgu Azura Farina binti Abdullah ke alam baqa akibat covid-19. Terdahulu dari itu, kita juga dikejutkan dengan pemergian penyanyi terkenal Almarhumah Siti Sarah Raissudin, juga akibat Covid-19. Sama-sama kita sedekahkan Al Fatihah untuk arwah mereka berdua.
Ekoran dari itu, pada minggu ini cikgu nak kongsikan video dari Shuib iaitu suami Siti Sarah bagaimana beliau memberitahu anaknya bahawa ibu mereka telah tiada. Jom sama-sama kita ikuti dan hayati cerita Shuib dan kita ambil pengajaran darinya.
Sila klik link πhttps://youtu.be/I5dergWb-Qc
Di sini juga cikgu kongsikan poster berkaitan pengajaran yang kita dapat ambil dari peristiwa yang berlaku dalam perkongsian video tersebut. Semoga bermanfaat untuk kita semua.
#stayathome
#kiaskukenaldiriku
#jpnselangor
Comments
Post a Comment