Posts

Program Sinar Nurani Tahun 2018

Image
Pembentukan sahsiah diri murid yang cemerlang merupakan aset terpenting dalam pencapaian akademik seseorang murid. Kegagalan murid menguruskan disiplin diri dengan baik secara tidak langsung akan menimbulkan pelbagai masalah dalam pergaulan terutamanya akademik. Wahai buah hati cikgu,  Semua impian akan menjadi kenyataan, bila kita memiliki keberanian untuk menjejakinya Kata Wilson Kanadi, Cara termudah untuk jadi pandai adalah belajar hal terbodoh yang pernah kita lakukan Justeru, Program Sinar Nurani diharapkan dapat menyuntik semangat kalian untuk menjadi lebih cemerlang pada masa akan datang. Program berjalan seperti yang dirancang.. 14 Ogos 2018 Belum apa-apa lagi murid dah tertarik dengan apa yang disampaikan oleh penceramah Tu dia... Tuan Saadon bin Shamsuddin - penceramah jemputan kita pada hari ini.. luar biasa Semoga terkesan wahai anak-anak  Singgah juga sejadah gebu di SKTPP... Terima kasih tuan Kami Benci DARVIH Nex...

Kursus Asas Kemahiran Komunikasi Sahabat PPDa & Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Tahun 2018

Image
Unit Bimbingan & Kauseling, Unit PPDa dan Unit PSS SK Taman Putra Perdana telah menganjurkan Kursus Asas Kemahiran Sahabat PPDa dan Pembimbing Rakan Sebaya pada: Tarikh / Hari : 18 Julai 2018 (Rabu) Masa : 2.00 - 4.00 petang Tempat : Terminal Muafakat SKTPP Sasaran : Sahabat PPDa dan Pembimbing Rakan Sebaya tahun 3, 4 dan 5 Objektif : 1. Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah. 2. Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan semasa. 3. Meningkatkan kemahiran komunikasi yang berkesan. 4. Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid. Kursus asas ini telah berjalan dengan lancar sekali. Kursus yang berfokuskan kepada asas komunikasi ini mampu memberi anjakan yang lebih cemerlang kepada semua Sahabat PPDa dan Pembimbing Rakan Sebaya. Tuan penceramah telah membina keyakinan diri kepada Sahabat PPDa dengan menyampaikan tips komunikasi berkesan serta tatacara ketermpilan dan adab yang...

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 (Sesi Petang)

Image
Ada mata pandanglah keindahan, Ada mulut berbudilah pertuturan, Ada hati berilah kesayangan, Ada salah dan silap sudilah maafkan. Biar amarah disunting senyum,  Ibarat pekerti disulam kasih,  Diharap dihalal makan dan minum,  Ibarat rezeki tidak disisih Selamat Hari Raya Aidilfitri semua.....Sambutan hari raya kali ini tidak ketinggalan meriahnya untuk sesi petang. Semua berganding bahu dalam menjayakan sambutan ini demi anak-anak murid tercinta. Pelbagai juadah beranika macam, terus makan tidak hanya dipandang....semuanya sedap-sedap dan kami kenyang sampai ke petang. Terima kasih kepada En Ibrahim bin Rahman (NYDP PIBG) yang sudi datang memeriahkan lagi majlis pada hari ini. Semoga ukhwah antara kita semua akan terus terjalin.  Ini camerawoman saya. Cikgu Azlinda..Sangat berbakat kawan saya ni. Hari ini kami ditugaskan untuk membuat paparan di blog sekolah untuk tontonan umum.... Selamat datang ke Sambutan Hari Raya Aidilfitr...

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018 (Sesi Pagi)

Image
"Raya kan sebulan..😊😊".           Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi atas kurniaanNya sekali lagi pada tahun ini kita bertemu dengan Syawal yang mulia. Setelah sebulan berpuasa pada bulan Ramadan, tiba hari kemenangan buat seluruh umat Islam pada cuti pertengahan tahun yang lepas. Setelah dua minggu bercuti Hari Raya di kampung masing-masing kini sesi persekolahan dibuka semula.    Oleh itu, pada tanggal 29 Jun 2018 bersamaan hari Jumaat berlangsung acara Sambutan Hari Raya Aidilfiti peringkat sekolah. Guru Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah iaitu Cikgu Rozimah, Cikgu Juli, dan Cikgu Nor Arzah telah diberikan mandat mengetuai sambutan ini sama seperti tahun-tahun sebelumnya.      Sambutan ini bertujuan menzahirkan rasa kesyukuran dalam diri warga SKTPP dengan kedatangan bulan Syawal yang dirayakan oleh seluruh umat Islam di dunia. Sambutan Hari Raya pada tahun ini telah dimulakan dengan bacaan surah Yasin oleh seluruh ...