Posts

Program Minda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu 2.0 : Aktiviti Pemugaran Emosi Murid Tahun 1 & 2

Image
Program Minda Sihat Dalam Kebiasaan Baharu   merupakan satu usaha untuk mempromosikan kesihatan mental diperingkat sekolah rendah ekoran dari krisis Covid-19 yang berlaku di seluruh dunia. Promosi minda sihat dikenalpasti sebagai satu komponen penting dalam memupuk kesejahteraan emosi murid-murid SKTPP. Program Minda Sihat yang bertemakan “Emosi Terjaga, Kehidupan sejahtera” bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran warga sekolah akan kepentingan penjagaan kesihatan mental dan sentiasa bertanggungjawab mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dikeluarkan oleh KPM untuk pembukaan semula sekolah dengan menitikberatkan aspek keselamatan murid. Program Minda Sihat 2.0 lebih meniktikberatkan tentang kesejahteraan emosi murid sekembalinya ke sekolah selepas Perintah kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun ini.  Unit bimbingan & Kaunseling (UBK) mengambil inisiatif dalam membantu mensejahterakan emosi murid dengan menjalankan aktiviti menggunakan modul dalam bidang Psikosos...

Aktiviti Menyambut Kehadiran Murid Hari Pertama Persekolahan Secara Bersemuka Bagi Tahun 2021

Image
Hari ini merupakan hari pertama persekolahan secara bersemuka bagi semua murid Prasekolah, PPKI, Tahun 1 dan Tahun 2 di seluruh negara. Sejak seminggu lalu semua guru di SKTPP telah hadir ke sekolah bagi membuat persediaan awal untuk menyambut kehadiran murid pada hari ini. Persediaan kelas, SOP keselamatan dan pergerakan murid semasa berada di sekolah merupakan perkara-perkara yang dititik beratkan. Unit Guru Penyayang SKTPP juga turut mengambil bahagian untuk menyambut kehadiran murid pada hari ini, Dua bunting "Selamat Kembali Ke Sekolah" dan dua sepanduk telah ditempah khas untuk aktiviti menyambut kehadiran murid-murid. Bagi menggembirakan lagi kehadiran murid-murid ke sekolah pada hari ini, disediakan tiga maskot iaitu Mickey Mouse, Minnie Mouse dan Olaf. Ketiga-tiga maskot ini merupakan guru-guru  di SKTPP. Semua murid juga telah diagihkan dengan sekotak susu setiap seorang. Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang aktiviti menyambut kehadiran m...

Majlis Pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) 2021

Image
Selesai sudah majlis pelantikan PRS pada hari ini. Walaupun ada sedikit kekurangan dari segi teknikal, namun ianya tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan majlis ini dalam norma baharu.  Sekalung tahniah kepada 61 orang PRS yang telah dilantik pada tahun 2021.  Majlis ini dirancang berobjektifkan untuk memberi mandat dan pengiktirafan kepada PRS secara rasmi menjalankan amanah dan tugas yang diberi oleh pihak sekolah dengan penuh dedikasi dan tanggungjawab. Di samping itu, diharapkan majlis ini dapat meningkatkan lagi motivasi PRS untuk menjalankan tugas dengan penuh ikhlas. Semoga PRS SKTPP 2021 lebih cemerlang dan berwibawa. Tahniah sekali lagi!! Buku program Berikut ialah gambar-gambar yang dirakam sepanjang majlis dijalankan Bersedia menerima peserta di talian google meet Nyanyian lagu Negaraku ditayangkan Diikuti Lagu Negeri Selangor Seterusnya lagu PRS Bacaan doa oleh Mohammad Fadhlullah bin Mohd Rasulzuki Ucapan oleh Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar) Puan...

Tahukah ANDA?..Kerjaya Yang Bakal Pupus

Image
Assalamualaikum dan salam penuh kasih sayang buat semua warga SKTPP💗 Bertemu lagi kita dalam sebaran maklumat berkaitan kerjaya. Kali ini cikgu nak kongsikan maklumat berkaitan kerjaya yang bakal pupus. Ya...jangan terkejut kerana kita sekarang berada di zaman era digital dan teknologi.  Disaat orang ramai serata negara berusaha mendapatkan serta meningkatkan peluang pekerjaan, kepesatan teknologi nampaknya membuatkan puluhan juta kerja bakal hilang. Menurut laporan Pekerjaan Masa Hadapan 2019 yang dibentangkan di World Economic Forum, sebanyak 75 juta pekerjaan lagi bakal pupus atau hilang menjelang 2022. Jom kita lihat info grafik dan video yang disediakan Semoga perkongsian ini mampu membuka minda kita semua untuk membuat perancangan dan pilihan kerjaya mengikut peredaran zaman.

Ceramah Kesedaran Bahaya Dadah Peringkat Negeri Selangor 2021

Image
Bermula pukul 8.15 malam murid-murid telah menunggu di depan skrin komputer/laptop/telefon bimbit masing-masing di rumah. Tahun ini aktiviti PPDa dibugarkan kembali demi menjaga benteng kemenjadian murid-murid SKTPP. Program yang berlangsung secara live ini melibatkan lebih 300 buah sekolah seluruh negara. Terima kasih kepada tuan penceramah iaitu En Noorhisham bin Hamzah yang berusaha menjadikan program ini program kolabrasi bersama Jabatan Pendidikan Negeri Selangor. Walaupun dalam PKP, namun murid sentiasa bersemangat dalam menimba ilmu pengetahuan. Cikgu sungguh teruja dengan sokongan yang diberikan. Semoga pembugaran kembali info-info berkaitan PPDa dapat membantu warga SKTPP dalam menjana murid-murid yang berkualiti dari segi sahsiah dan rohani. Poster Ceramah Kesedaran Bahaya Dadah Ucap tama oleh Tuan Hj Izmi bin Hj Ismail (Pengarah JPNs) Penceramah yang hebat, En Noorhisham bin Hamzah Mendapat lebih 79k views pada malam ini Berikut perkongsian slide sepanjang ceramah beliau Ant...