Posts

Program Ziarah Cakna 2020 (Siri 3)

Image
Program Ziarah Cakna diteruskan lagi pada hari ini dengan menziarahi keluarga murid iaitu Siti Zulaikha bt Mohd Zaizi (6 Engineer) dan Muhammad Zain bin Zaizi (2 Nitrux) di IT Dayana, Taman Putra Perdana. Bapanya En Mohd Zaizi telah mengalami strok sejak 7 tahun lalu dan kini masih terlantar di katil tanpa boleh bekerja seperti bapa yang lain. Walaubagaimanapun, ketabahan Puan Zubaidah ibu kepada murid ini sangatlah kami kagumi. Semoga keprihatinan pihak sekolah dan PIBG dengan ujian yang dialami oleh keluarga ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan keluarga ini. Lawatan hari ini dihadiri oleh : Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar) Tn Hj Khairul Azhar b Muhammad Suffian (YDP PIBG) Datin Noraizah bt Dun (PK HEM) Pn Juli bt Mahbah (Guru Bimbingan & Kaunseling) Pn Nor Arzah bt Hussin (Guru Bimbingan & K aunseling) Cik Roslinda bt Mansor (Guru Kelas, 6 Engineer) Pn Safinatunajakh bt Mat Som (Guru Kebajikan) Gambar semasa lawatan dijalank...

Program Mengalu-alukan Kehadiran Murid Bulan Januari dan Februari, 2020

Image
Dua bulan telah berlalu semenjak sesi persekolahan 2020 bermula. Walaupun sesi persekolahan baru sahaja berlangsung, Program Guru Penyayang telah pun bersedia dengan aktiviti mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah pada setiap hari. Aktiviti ini dijalankan pada kedua-dua sesi seperti berikut: Sesi pagi: 7.00 hingga 7.20 pagi Sesi petang: 1.00 hingga 1.20 tengah hari       Aktiviti mengalu-alukan kehadiran murid ini telah dan akan dilaksanakan secara berterusan sepanjang sesi persekolahan 2020 dan telah menjadi satu budaya di sekolah ini. Aktiviti ini bertujuan untuk mewujudkan perasaan dihargai dan diterima dalam kalangan murid. Seterusnya memupuk perasaan suka hadir ke sekolah.        Ucapan-ucapan positif dan senyuman manis yang diukirkan oleh guru untuk murid bermula dari pagar A dan B dapat menjadikan murid lebih bersemangat untuk meneruskan sesi persekolahan. Semoga aktiviti ini dapat memberikan impak positif kepada murid-murid SK Tam...

Program Guru Penyayang - Sambutan Hari Lahir Murid Bulan Januari dan Februari 2020

Image
Majlis Sambutan Hari Lahir Murid telah dirancang oleh Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling di bawah Unit Hal Ehwal Murid (HEM). Murid-murid yang lahir pada bulan Januari dan Februari telah diraikan bermula 25 Februari 2020 serta dilaksanakan mengikut kelas masing-masing. Walaupun majlis ini diraikan secara sederhana, tetapi kesannya amat bermakna kepada murid terutama kepada mereka yang diraikan. Perasaan disayangi dan dihargai serta rasa kesyukuran dapat dipupuk melalui majlis ini. Tidak dapat dinafikan ada dalam kalangan murid-murid ini tidak pernah diraikan hari lahir mereka. Oleh itu, pengalaman ini amat bermakna buat semua murid. Kami warga SK Taman Putra Perdana mengucapkan 'Selamat Hari Lahir'. Semoga di hari bahagia ini, Allah SWT sentiasa memberikan taufiq, rahmah, barakah juga lindungan kesihatan, hidayah dan redhaNya untuk semua murid yang diraikan. Didoakan kalian sentiasa dalam lindungan Yang Maha Esa.. Lagi laporan berkaitan Sambutan Hari Lahir Murid Bulan ...

Kursus Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Tahap Bongsu : Kursus Asas Kemahiran Komunikasi Tahun 2020

Image
Pada 20 Februari 2020 telah berlangsungnya Kursus Tahap Bongsu anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit PPDa untuk Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Sahabat PPDa bertempat di Terminal Muafakat, SKTPP.  Buku program      Pembimbing Rakan Sebaya Peringkat Bongsu ini perlu dilaksanakan bagi mengukuhkan asas-asas kaunseling dan komunikasi dalam kalangan ahli PRS. Kursus ini juga bertujuan untuk membina satu kumpulan murid yang mempunyai kemahiran asas untuk membantu dan membimbing serta menjadi kumpulan rakan sebaya yang positif. Selain itu, ahli PRS akan menjadi salah satu wadah bagi murid lain berkongsi kebimbangan dan mencurahkan perasaan yang tidak dapat dikongsi dengan orang dewasa. Ahli PRS juga berupaya membantu guru bimbingan dan kaunseling dalam mengenalpasti rakan-rakan mereka yang memerlukan perkhidmatan kaunseling.       Berikut adalah gambar suasana sepanjang kursus ini berlangsung.  Pengenalan Sahaba...

Program Ziarah Cakna 2020 (Siri 2)

Image
Siri kali ini rombongan Ziarah Cakna bersama-sama barisan pentadbir, AJK PIBG, Guru Bimbingan & Kaunseling serta guru-guru telah ke rumah murid yang telah mengalami kecederaan di pinggang semasa pertandingan ragbi baru-baru ini. Maklumat murid tersebut adalah seperti berikut : Nama Murid : Muhammad Hasbul Hadi bin Mohd Sauzi Kelas               : 6 Programmer Alamat         : No 37, Jln PP 2/23 Taman Putra Perdana  Alhamdulillah, keadaan murid semakin stabil. Semoga dengan kehadiran pentadbir, guru dan AJK PIBG (Pn Normawati) sedikit sebanyak memberi semangat baru kepada Muhammad Hasbul Hadi dan keluarganya.  Guru-guru bersama Muhammad Hasbul Hadi Pn Normawati (AJK PIBG) turut sama-sama dalam Ziarah Cakna kali ini Hasbul Hadi bersama En Shahrizal bin Ya'am (PK Kokurikulum) Sumbangan daripada warga sekolah telah disampaikan  oleh Pn Hajah Rohaidah bt Mohd Ali (Guru Besar...

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Tahun 2020

Image
Pembimbing Rakan Sebaya atau dikenali sebagai PRS merupakan nadi penggerak kepada Unit Bimbingan & Kaunseling (B&K). Seramai 72 orang PRS di SK Taman Putra Perdana terdiri daripada murid Tahun 3,4,5 & 6 telah menerima watikah pelantikan pada hari ini. Perkhidmatan PRS di sekolah berperanan sebagai rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling. Di samping itu, PRS juga membantu menggerakkan perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling di sekolah, serta menjadi ikon kepada murid-murid lain. Justeru, PRS akan menjalankan tugas sebagai rakan sebaya yang positif dan berketrampilan dengan  tagline   "Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain". Sekitar Majlis Menyerahan Watikah Pelantikan PRS Sesi Pagi Dipengerusikan oleh Pn Juli bt Mahbah dan ucapan telah disempurnakan oleh Pn Rosmah bt Jamat (PK HEM) Pn Rosmah menyampaikan watikah pelantikan kepada PRS Seramai 56 orang PRS sesi pagi menerima watikah pelantikan pada hari ini Bacaan ik...

Pelancaran Program Guru Penyayang Tahun 2020

Image
Syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya, pada hari ini tanggal 9 Januari 2020 bersamaan hari Khamis, pihak SK Taman Putra Perdana di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling telah berjaya melaksanakan Pelancaran Program Guru Penyayang Tahun 2020. Program Guru Penyayang adalah satu amalan murni yang sentiasa menjadi amalan di Sekolah kebangsaan Taman Putra Perdana. Tujuan utama program ini adalah bagi mewujudkan nilai penyayang dan sifat kepedulian guru terhadap murid-muridnya. Amalan penyayang perlu diterapkan oleh semua guru agar kemenjadian murid tercapai. Alhamdulillah, segala perancangan bagi Program Guru Penyayang bagi Tahun 2020 berjaya dilancarkan dan disempurnakan oleh Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana. Objektif Program: Membentuk karekter serta sahsiah diri murid yang terpuji dan disenangi warga sekolah Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan keperluan semasa. Menimbulkan rasa dihargai d...