Posts

Mesyuarat Agung PRS sesi 2022/23

Image
Selesai sahaja Penyampaian Watikah Pelantikan, kami guru-guru penasihat PRS mengambil masa yang ada untuk mengadakan Mesyuarat Agung PRS sesi 2022/23. Dua aktiviti yang dijalankan dalam mesyuarat agung kali ini ialah pertama; lantikan AJK dan yang kedua; pembahagian tugas semasa rehat. Kepada yang berjaya mengungguli pucuk pimpinan organisasi JK PRS, tahniah cikgu ucapkan. Bagi yang tidak berjaya, jangan putus asa. Peluang sentiasa ada pada masa akan datang dan jangan sesekali lepaskan peluang itu. Cuba dan terus mencuba!! Dengan berbekalkan sedikit panduan dan nasihat daripada guru penasihat, cikgu mengharapkan PRS sekalian jadikan ianya satu semangat dalam menjalankan tugas. Bersiap sedia dengan calon Siapa nak saya undi ya.... masing-masing dah ada pilihan Antara calon-calonnya.. Semangat mengundi... termasuk PRS daripada PPKI Finally.. Guru penasihat menerangkan bidang tugas semasa rehat

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Sesi 2022/23

Image
Syukur alhamdulillah.... setelah dua tahun tiada majlis secara bersemuka, hari ini semua PRS diraikan dalam majlis yang sederhana tapi cukup bermakna iaitu Penyampaian Watikah Pelantikan PRS. Seramai 72 orang PRS yang terdiri daripada murid Tahun 3 hingga 6 dan juga murid PPKI terlibat dalam majlis hari ini. Kedua-dua sesi majlis hari ini dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis, bacaan doa untuk memperoleh berkat dan seterusnya ucapan daripada wakil pentadbir. Buat pengetahuan semua, Pembimbing Rakan Sebaya berperanan sebagai rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling. Seiring dengan falsafahnya, "Bantu Diri Supaya Berupaya Membantu Orang Lain" dijadikan pegangan dalam  membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah, juga menjadi ikon kepada murid-murid lain. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.  Berikut rakaman gambar sepanjang majlis dijalankan. 🔖 Majlis Pelantikan PRS Sesi Pagi 🔖 🔖 Maj...

Program Mentor Mentee Kali Pertama Sesi 2022/2023

Image
  Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan izinNya dapat kita kembali lagi melaksanakan Program Mentor Mentee bagi sesi 2022/2023. Seperti tahun sebelum ini, pelaksanaannya  berpandukan Modul Mentor Mentee yang telah dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Program ini melibatkan semua murid termasuk murid Pra Sekolah. Pengenalan: Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Program Mentor Mnetee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing mente...

Pencarian PRS Baharu 2022/23

Image
  Tahniah buat yang terpilih untuk menjawat jawatan PRS sesi 2022/23. Berikut sebahagian momen-momen murid semasa temuduga dijalankan. 

Mesyuarat Guru Bil 1/2022

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ini warga guru SKTPP bermesyuarat secara dalam talian sebelum sesi persekolahan 2022/2023 dibuka. Semoga aktiviti atau program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.   Taklimat PTM dan PEM oleh Pn Rozimah binti Yaakob, Penyelaras PTM dan PEM Jumpa nanti di SKTPP

Anugerah Pembimbing Rakan Sebaya Tahap Bongsu Tahun 2021

Image
Anugerah Pembimbing Rakan Sebaya Tahap Bongsu bagi Tahun 2021 telah berlangsung dengan jayanya di SK Taman Putra Perdana. Majlis secara ringkas yang dilaksanakan ini bertujuan: 1) Mengiktiraf  PRS yang mencapai PRS Tahap Bongsu. 2) Mengiktiraf PRS yang cemerlang dari segi sahsiah iaitu bersikap bertanggungjawab, kerajinan dan kepekaan terhadap tugas.  3) Meningkatkan motivasi dan semangat kepada semua PRS untuk melaksanakan tugas mereka dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. 4) Mengeratkan hubungan antara guru dengan PRS serta PRS dengan PRS.  Majlis ringkas ini diadakan sebanyak 5 kali mengikut kumpulan PRS berdasarkan  giliran mereka hadir ke sekolah seperti berikut: TARIKH/HARI MASA SASARAN 13 Januari 2022 Khamis 10.30 pagi PRS Tahap Bongsu Peringkat Kebangsaan (Qhalesya Nur Iman binti Muhammad Khaizul Azam)     14 Februari 2022 Isnin 9.00 pagi - ...