Posts

Kursus Pembimbing Rakan Sebaya Tahap Bongsu (Kesedaran Kendiri & Asas komunikasi) Tahun 2022

Image
Seawal 7.00 pagi lagi beberapa orang ahli PRS telah datang berjumpa cikgu menunjukkan ketidaksabaran menyertai program hari ini. Berbunga-bunga hati cikgu melihat keterujaan anak-anak PRS. Hari ini, kursus ke-2 yang perlu dihadiri oleh PRS bagi melengkapkan mata bagi mendapatkan PRS Tahap Bongsu:   Berikut objektif program untuk hari ini: i. Memahami dan menguasai kemahiran asas komunikasi dan berupaya mempraktikkannya dengan rakan-rakan, para guru, keluarga dan masyarakat. ii. Memahami serta menilai kelebihan dan kelemahan diri iii. Mengenalpasti sikap positif diri untuk dihayati dan diamalkan Seramai 41 orang peserta yang hadir hari ini dan 9 orang merupakan PRS Tahap Bongsu. Kehadiran mereka adalah untuk memantap dan membugarkan lagi ilmu yang sedia ada. Berikut rakaman gambar semasa program dijalankan: Rakaman video pendek semasa aktiviti dijalankan Usaha tangga kejayaan! Buat anak-anak PRS, semoga berjaya mendapat PRS Tahap Bongsu💪💪💪💪

Program 3C (Cergas, Ceria & Cemerlang) Anak-anak PPD Daerah Sepang 2022

Image
Tanggal 21 Julai 2022 telah berlangsungnya Program 3C (Cergas, Ceria & Cemerlang) di bawah anjuran Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid, Pejabat Pendidikan Daerah Sepang bersama Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Daerah Sepang. Program ini dilaksanakan bermula pada pukul 7.00 pagi sehingga pukul 1.00 tengah hari bertempat di Dewan Utama Ibu pejabat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Bangi, Selangor. SK Taman Putra Perdana telah menghantar dua orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan bagi menyertai Program 3C ini. Selain slot ceramah, terdapat aktiviti menarik semasa Program 3C iaitu pameran dari pelbagai agensi dan pemeriksaan kesihatan percuma khas kepada semua guru pengiring. Pemeriksaan kesihatan seperti berikut: 1. Saringan Ksihatan Warga Sihat (BSSK) 2. BMI 3. Tekanan BP 4. Glucose 5. Saringan darah HIV 6. Hep C (sekiranya ada faktor risiko) 7. Saringan simptomatik TB Buku Program 3C, sila scan QR di atas atau klik  https://anyflip.com/mbdvv/grlh/ Bah...

Kursus Pemimpin Muda Tahun 2022/2023

Image
Alhamdulillah, Kursus Pemimpin Muda Tahun 2022/2023 yang telah dirancang sejak  bulan April yang lalu berjaya dilaksanakan di SK Taman Putra Perdana pada hari ini. Kursus ini merupakan anjuran bersama Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Pengawas, Unit Pusat Sumber Sekolah serta Jawatankuasa Pelantikan Ketua dan  Penolong Ketua Kelas. Kursus Pemimpin Muda ini diadakan sebagai wadah membentuk dan melahirkan pemimpin muda yang mempunyai karisma dan kepimpinan khususnya dalam menjalankan tugas harian. Ketrampilan barisan pemimpin muda ini mencerminkan personaliti dan ketokohan kepimpinan murid-murid yang perlu dibentuk melalui acuan guru-guru.  Kursus Pemimpin Muda bertempat di Dewan Perdana SKTPP Bergambar kenangan bersama penceramah dari GTA! Malaysia (Geng Action Malaysia) Barisan guru, penceramah dan para peserta Kursus Pemimpin Muda Benci DARVIH  (Dadah, Alkohol, Rokok, Vape, Inhalan, HIV dan Aids) Lagi laporan Kursus Pemimpin Muda dalam blog SK Taman Putra Perdana,...

Mesyuarat Agung PRS sesi 2022/23

Image
Selesai sahaja Penyampaian Watikah Pelantikan, kami guru-guru penasihat PRS mengambil masa yang ada untuk mengadakan Mesyuarat Agung PRS sesi 2022/23. Dua aktiviti yang dijalankan dalam mesyuarat agung kali ini ialah pertama; lantikan AJK dan yang kedua; pembahagian tugas semasa rehat. Kepada yang berjaya mengungguli pucuk pimpinan organisasi JK PRS, tahniah cikgu ucapkan. Bagi yang tidak berjaya, jangan putus asa. Peluang sentiasa ada pada masa akan datang dan jangan sesekali lepaskan peluang itu. Cuba dan terus mencuba!! Dengan berbekalkan sedikit panduan dan nasihat daripada guru penasihat, cikgu mengharapkan PRS sekalian jadikan ianya satu semangat dalam menjalankan tugas. Bersiap sedia dengan calon Siapa nak saya undi ya.... masing-masing dah ada pilihan Antara calon-calonnya.. Semangat mengundi... termasuk PRS daripada PPKI Finally.. Guru penasihat menerangkan bidang tugas semasa rehat

Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) Sesi 2022/23

Image
Syukur alhamdulillah.... setelah dua tahun tiada majlis secara bersemuka, hari ini semua PRS diraikan dalam majlis yang sederhana tapi cukup bermakna iaitu Penyampaian Watikah Pelantikan PRS. Seramai 72 orang PRS yang terdiri daripada murid Tahun 3 hingga 6 dan juga murid PPKI terlibat dalam majlis hari ini. Kedua-dua sesi majlis hari ini dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis, bacaan doa untuk memperoleh berkat dan seterusnya ucapan daripada wakil pentadbir. Buat pengetahuan semua, Pembimbing Rakan Sebaya berperanan sebagai rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling. Seiring dengan falsafahnya, "Bantu Diri Supaya Berupaya Membantu Orang Lain" dijadikan pegangan dalam  membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah, juga menjadi ikon kepada murid-murid lain. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini.  Berikut rakaman gambar sepanjang majlis dijalankan. 🔖 Majlis Pelantikan PRS Sesi Pagi 🔖 🔖 Maj...

Program Mentor Mentee Kali Pertama Sesi 2022/2023

Image
  Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan izinNya dapat kita kembali lagi melaksanakan Program Mentor Mentee bagi sesi 2022/2023. Seperti tahun sebelum ini, pelaksanaannya  berpandukan Modul Mentor Mentee yang telah dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Program ini melibatkan semua murid termasuk murid Pra Sekolah. Pengenalan: Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Program Mentor Mnetee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing mente...